BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Julai 24, 2009

Pagi Yang Gelap...Malam yg Cerah

Maaf dah lama nak menulis..

banyak perkara berlaku within 2 minggu ni. Antaranya menolak tawaran jawatan pen. pegawai di Jabatan Taman Laut Malaysia. Sebab2 tolak of course pasal anak. Yela kat Mersing, so tak sanggup rasa tinggal berjauhan walaupun seminggu sekali leh jumpa. Hubby bagi izin nampak macam berat..banyak perkara penting kena di pertimbang dan implikasi bila kerja n berjauhan ni. Tak apalah, adakalanya apa yg kita suka dan rasa baik itu belum tentunya baik bagi kita. Bila tolak, nampak juga air muka hubby lain dan rasa lega agaknya ummi menolak tawaran tu. Tarikh lapor diri pun dah lepas. Hubby cuba menggembirakan hati. Bagi ummi, inilah pengorbanan yg memuaskan hati ummi dan semua pihak. Tak mengapalah...Allah Maha Pengasih lagi Pemurah..Dia sentiasa menyediakan rezeki bagi hambaNya, cuma lambat atau cepat je. Dan kita diuji untuk bersabar dan redha dgn ketentuan di samping memanjatkan doa moga terus ditabahkan hati dan dilapangkan dada.


Dekat Vista ni boleh dikatakan residence semua pegawai kerajaan atau pun pekerja bwhn tapi still under kerajaan.Dan isteri2 mereka pun kebanyakannya suri rumah biasa. Ramai di kalangan mereka mengeluh kekurangan wang sara diri, duit yg diberi suami hanya cukup untuk keperluan dapur dan sekolah anak2. Itupun adakalanya tersangkut2. Ada yg berikhtiar berniaga kecil2 kecilan.Tapi kata mereka still tak cukup, lepas duit jajan anak2..Dan semalam bila sembang dgn jiran, katanya ibu kawan Amir dah keje kilang..mcm terkejut tapi cuba fahamkan juga mengapa dia bekerja..kesian, ada lagi yg rasa susah dari ummi sedangkan ummi ni msih banyak kemudahan dan kurang kesempitan.

Ayah masih terus memberi semangat wlu x bersuara. Ummi terlalu memahami kehendak ayah, apa yg ayah nak ummi lakukan, InsayALLAH hubby...ummi akan cuba laksanakan dan buktikan pada ayah yg ummi mampu lakukan yg terbaik dan sebaiknya untuk ayah..Terima kasih menjadi teman yg baik ayah.

1 ulasan:

~aRniNaDrah~ berkata...

Bila akak dah bekerja ni, selalu teringatkan masa tak bekerja dulu. Masa yang banyak dan berkualiti dengan anak2 dan suami. Dijah pun hargailah masa2 tu skrg.

Tentang duit poket tambahan pula akak jumpa banyak blog suri rumah yang berjaya buat side income dgn kemahiran memasak, menjahit, menyulam, kraft dll yang mereka ada. Semua buat kat rumah di samping jaga anak2 jer. So, boleh lah try mana yang sesuai.

Akak pun rasa rugi tak try buat semua tu masa tak kerja dulu. Ye lah dulu takde internet, x terdedah pada dunia luar. Skrg bila ada info, masa pula yang x cukup.