BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, September 10, 2008

Di panah petir


Salam muhibbah...baru ada rasa nak menulis....tapi idea tak sampai untuk menulis. Cuma mata ni rasa lesu dan agak mengantuk. Tapi tak bolehlah dilayankan sangat.

Tiba2 rasa nak dengar lagu raya. Sedihlah pulak...terasa macam orang yang tinggal jauh dengan keluarga..Tapi hati tiba-tiba terdetik, meriah ke sambutan raya tahun ni? Rasanya macam tak gembira untuk menyambutnya malah kalau boleh ditiadakan hari raya, hendak sahaja buat begitu, tapi itu merupakan hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berpuasa..mana mungkin hari raya ditiadakan. Entahlah, sayu rasa hati ni. Sebakpun ada. Dalam kepala ni serabut memikirkan bermacam2 perkara. Terlintas di fikiran kenapa manusia yang bila ditimpa musibah, masalah, pastinya tidak dapat diterima oleh org2 yang sepatutnya ada disisi kala susah.Aku kini merasakan hal itu...

Itulah lumrah alam...tak mengapalah..life must be on. apa yang penting keharmonian rumahtangga...sekarang adalah masa untuk didikan anak2. Terasa sangat pikulan tanggungjawab untuk mendidik mereka. Sedikit demi sedikit perubahan Amir dapat kulihat. Dari segi emosinya, dia agak perajuk dan mudah mengalah dari banyak segi. Tapi apabila diberi peneguhan seperti pujian dan ganjaran, barulah dia ada rasa ingin buat tu pun dengan cara yang tidak bersungguh. Pada peringkat umur dia, perhatian amat penting dari kita sebagai 'parents'. Banyak cara yang diperlakukan Amir untuk menarik perhatian aku walaupun adakalanya perilakunya membuat kita marah. Tapi sebagai anak yang sedang meneroka dan belajar, perlulah kita sabarkan marah kita pada mereka. Kerana anak2 sebenarnya sengaja ingin melihat respon kita bila mereka melakukan sesuatu . Sebab itulah saya cukup berhati2 nak layan kerenah anak2. Dan perlu diketahui, melalui respon itulah mereka mula meniru dan akan menjadi satu pelajaran bagi mereka untuk melakukannya pada orang lain. So, kalau anda suka memarahi anak anda apabila mereka bertanya sesuatu, di situ akan terjadinya kesan bagi anak anda sehingga mencipta satu personaliti yang cenderung kepada perajuk, susah mendengar kata dan tidak pedulikan teguran. Kadang2 saya pun terlepas pandang perkara ni, tapi cepat sedar dan cepat pulihkan kembali.Kita tak suka anak jadi macam tu, tapi kita tak perasan tu semua hasil dari respon kita sendiri pada kemahuan perhatian anak2 dari kita.

Sekadar sharing moment..hehe22. Tapi ini juga melalui pengalaman saya sendiri. Cuma apa yang boleh kita perbaiki, masih boleh lagi dicover tapi kena terus ubah cepat2 sebelum anak2 kita membesar dan mencipta pelbagai lagi personaliti yang kita sendiri tak suka. Fikir2kanlah ye.

Ahad, September 07, 2008

Mimpi Seorang Gadis

Untuk Renungan Bersama..... .Bismillahirrahmanirrahim
Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood:


Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannyadisorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis inisedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullahmenegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitandan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"
Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadiaku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggungkesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahaianakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Akubermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan apineraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelipmata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskankedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya.Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupasedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh denganajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?
Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil.Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecilpernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-mukadan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurgadan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minumandari telaga nabi.
Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dankuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedangkehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantuibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintahagama"
Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semuapenghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik airkepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yangdilakukan ketika di dunia"
Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, akulantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa keneraka.
Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telahmenyambar tanganku sehingga melecur.
Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tangankumelecur teruk.
Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidakhenti-henti mengalir di pipi.
Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadistersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jikasekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agarmenjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.
Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah....Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA...........SEBARKANLA H.......
WASSALAM!!!. .......

Renungan Buat Anak-anakku



-1234 -


Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu

Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antaraKasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman

Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan

Harus kau renungkan

Sebab Hati Tidak Bahagia

*SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMAH DIDALAM HATI.*
Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalamdiri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hattasecara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orangyang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk yang lain.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut... walau berapabanyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai ataudigunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatahlagi hal-hal yang lebi h besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapidugaan..cthnyer time kerja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbunatas meja)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupunbatin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cumatinggi/rendahtahap keegoan tersebut...
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untukdipuji.Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kitariak..takabbur dgn aper yg kita ada...
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak ygsoleh/solehah. ..
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu"panas" akibat iamerupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hatidandunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhiratdibawamati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMAH.
****Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akanbahagia jua akhirnya.Jadi. .sama-samalah kite sentiasa ingat mengingatiantara satu samalain...andai kita terleka Dengan dunia ... buruklahh padahnya...

Hikmah Bersujud

Antara hikmah sujud adalah:

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan:

1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
3- Melegakan sakit hernia.
4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs)
6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
8- Meringankan bahagian PELVIS.
9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .
10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).
14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.. insyaAllah..

Sabtu, September 06, 2008

Susu...Tepung ...Darurat

Chan mamandang sayu perkebunan yang akan ditinggalkan. Angin menampar-nampar pipi tuanya, mengelus-ngelus rambut putih yang jarang-jarang di kepala. Dia enggan melepaskan pandangan, kepada rumahnya, kepada kebunnya, kepada pepohon dan kepada tanahnya. Awan mendung sudah merajai langit, menewaskan sang matahari. Iklim syahdu bagi seorang tua yang bakal meninggalkan tempat kelahirannya.Anak perempuannya memegang bahu Chan apabila hujan rintik-rintik mula menimpa. “Takut demam ayah, mari lekas masuk kereta,” bisik lembut anak perempuan Chan.

Chan masih membatukan diri, tidak melepaskan pandangan dari rumah kayu usang dan perkebunan yang tidak lagi subur menghidupkan sayur melainkan tinggal batas-batas kosong. Dia bakal meninggalkan seribu kenangan yang terpahat kukuh dalam hidupnya, menyaksikan segala macam penderitaan dan penyesalan.“Itulah rumah ayah, rumah datuk dan nenek kau, rumah Xing Yi dan semuanya pergi kerana darurat,susu tepung, komunis dan di sinilah kita ayah kenal erti merdeka,” kata Chan kepada anaknya.“Usahlah dikenang-kenang lagi ayah, mari kita hidup bahagia, bersama saya dan keluarga.” Pujuk anaknya tidak mahu ditimpa hujan yang semakin melebat.Akan tetapi, di dalam kamar mindanya, jelas terlukis peristiwa-peristiwa yang mendatangkan seribu sesal dalam hidupnya.

Di situ mula wayang sejarahnya bermula.Di awal penglibatannya, dia menjadi Min Yuen sewaktu usia yang sangat muda dan melayakkannya menjadi anggota komunis. Perkara ini disembunyikan dari pengetahuan ayah, lebih-lebih lagi ibu yang sememangnya tak mahu melihat anak yang dikasihi menjadi gerila di dalam hutan. Cukuplah sekadar kehilangan abang-abangnya semasa penjajahan Jepun dulu, janganlah pula nanti menderita kerana komunis pula, pesan ibu yang masih lagi terngiang-ngiang dalam telinga Chan.

Menjadi seorang komunis membolehkannya membekalkan pelbagai-bagai macam makanan yang sukar didapati ketika zaman darurat. Sardin, susu tepung, beras dan bermacam-macam lagi boleh diperoleh mudah jika kapal dari negeri China berlabuh. Semua itu segera diberikan kepada ahli keluarganya yang tinggal di pedalaman, tidak sampai hati melihatkan ayah, ibu dan adik-adiknya kebuluran. Buat masa ini, dia masih lagi belum bertempur dengan askar atau polis kerajaan, malah memegang senjata pun dia tidak tahu, hanya menjadi perisik membekal maklumat dari pekan.

Namun, dia akan tetap menghadiri perjumpaan yang diadakan di tengah-tengah belantara.Ayah Chan merupakan seorang pengusaha sayur manakala ibunya menolong serba-sedikit. Kerap juga ibu dan ayahnya mendesak di mana tempatnya dia mendapat bekalan yang sulit didapati ini dan Chan hanya membalas dengan diam kedegilan. Chan seboleh-bolehnya tidak mahu ibu dan ayahnya mengetahui kegiatan yang dilakukan, bimbang nanti jika tersebar, ahli keluarganya akan dipulau oleh jiran-jiran Melayu yang menjadi majoriti di situ. Dia juga kadang-kadang merasa terhutang budi dengan mereka kerana banyak menghulur bantuan kepada keluarganya sejak baru menapak di Tanah Melayu, akan tetapi, desakan daripada ketuanya, terpaksa juga melupakannya.

Ibunya tidak terpelajar, membaca pun tidak tahu, tapi ayahnya hanya reti membaca tulisan Cina. Tiga orang abangnya dibunuh Jepun ketika cuba melawan apabila rumahnya diserbu, mujur ayahnya pergi ke pekan waktu itu. Saat itu, Chan masih lagi berhingus, bertelanjang dan dia sudah dipertontonkan dengan kematian tragis abang-abangnya. Raungan ibu tidak mampu menghalang keganasan tentera matahari terbit itu, hanya kedua-dua mereka mampu memandang. Hampir juga gila ibunya selepas itu, tetapi jiran berdekatan berjaya membantu memulihkannya. Pengalaman traumatik menyebabkan Chan makin berbara sikapnya terhadap penjajah.Beberapa tahun selepas itu, ibunya melahirkan seorang adik perempuan dan diberi nama Xing Yi. Chan amat merinduinya apabila terpaksa tinggal di dalam hutan kerana perjuangan komunis.

Sering kali dia membawa pulang pelbagai bekalan, khusus untuk adiknya dan susu tepung China adalah buah tangan isitmewa yang sering dibawa pulang.Chan mahu membuktikan dia adalah abang yang penyayang, dan sedia membantu ibunya menjaga Xing Yi. Ayahnya juga ditolongnya jika ada masa lapang.

Sejak desakan kumpulan komunisnya kurang pada ketika itu, dia hanya lekat di rumah. Sekali-sekala juga Chan menyertai jiran-jiran Melayunya berkumpul membincangkan masalah penjajah, dan dia di situ bukan hanya sekadar menjadi peserta.Suatu pagi, Chan terkejut amat apabila melihatkan mulut Xing Yi penuh berbuih dalam buai. Menjerit-jerit Chan memanggil ibunya kerana dia berasa amat kaget melihatkan gelembung-gelembung putih keluar tak henti-henti manakala adiknya itu tak sedarkan diri. Cairan putih juga meleleh menuruni lengan Chan apabila adiknya dipangku untuk dibawa kepada ibu dan Chan mengecam cairan itu, itulah warna susu.

Mindanya ligat memutarkan kembali apa yang telah dilakukan. Memang tidak syak lagi, sejak adiknya enggan menetek dan mula menggemari susu tepung yang dibawa pulangnya, sejak itulah adiknya tidak secergas dahulu. Jenuh ibu Chan memaksa Xing Yi menyusu dari badannya, tapi Xing Yi langsung tak berselera. Setiap kali Xing Yi menangis, segera Chan membancuh susu tepung itu dalam botol susu dan menyuakan kepada adiknya. Lantas, berhentilah Xing Yi menangis. Ibunya pula mengikut sahaja apa yang dilakukan Chan sejak itu.Sesampainya Chan di perigi, segera dia bertanyakan hal yang berlaku kepada Xing Yi kepada ibunya. Nyata sekali ibunya terkejut bukan kepalang apabila melihat kepala Xing Yi sudah terkulai. Segera dua beranak itu mendapatkan bantuan daripada Pak Osman yang tinggal berdekatan untuk segera Xing Yi dibawa ke hospital.

Mujurlah hari itu Pak Osman tidak membawa kereta tuannya dan dengan kereta itulah mereka ke hospital. Sesampainya di hospital, doktor memberitahu adiknya sudah mati kerana keracunan. Ibu Chan meraung kuat di dalam hospital dan sukar ditenangkan oleh Pak Osman semasa perjalanan pulang. Chan lebih-lebih lagi rusuh hatinya, melihatkan adiknya yang tidak bernyawa itu berbungkus elok dipangkuannya. Esak ibu menambah lagi beban serba-salahnya.

Ayahnya, yang pulang pada petangnya seakan lemah untuk berdiri apabila melihatkan sekujur jasad kecil terbujur pucat di rumah. Ibunya pula gesit menerpa, memeluk erat ayah Chan sambil meracau-racau bahasa yang tidak difahami maksudnya dan menuding-nuding jarinya ke arah Xing Yi. Chan bertambah rasa bersalah, entah siapa yang dapat membantunya meringankan bebannya waktu itu. Melihatkan jiran-jiran yang datang hanya memandang sayu matanya, dia bertambah lagi rasa sedih. Saat itu juga, hujan turun bercucuran.Segala bekalan yang diperoleh daripada komunis dahulu sudah dicampakkan ke dalam sungai. Dia tak mahu lagi melihat tin-tin susu tepung itu diam di dapur rumahnya kerana akan bertambah pilu dalam hati ibu dan ayahnya serta dirinya sendiri. Dia juga berhasrat mahu melupakan sahaja kegiatan yang menjadi penyebab kematian adiknya itu. Ibunya juga sekarang dilihat kuat meracau semacam mahu menjadi gila, dan perlu diberi perhatian olehnya. Dia benar-benar berasa bertanggungjawab.

Beberapa lama kemudian, Chan sekeluarga dikunjungi oleh beberapa orang yang dikenalinya, orang-orang yang sering dilihat di dalam hutan dahulu. Waktu itu ibu seakan-akan marah, begitu juga ayah Chan yang tidak senang melihat kehadiran mereka. Kata ibu yang seperti hilang waras, dia sudah mengesyaki Chan menyertai komunis dan tidak mahu mereka menganggu lagi Chan dengan gerakan-gerakan mereka itu. Ayahnya pula menambah kehangatan pertengkaran dengan berhujah bahawa Komunis tidak ada masa depan yang cerah sejak Malaya sudah merdeka, dan perlu keluar dari hutan dan meminta ampun dari Tunku Abdul Rahman. Chan hanya tertunduk diam menyepi.

Berang dengan tutur kata ibu dan bapa Chan yang langsung tidak berlapik, lantas lelaki-lelaki tadi mengacukan pistol tepat di dahi ibu dan bapanya. Seraya, bunyi beberapa das tembakan kedengaran jelas sehingga mengejutkan jiran-jiran keliling. Bersepailah isi-isi kepala ibu dan bapanya di lantai, berbaur dengan darah merah pekat dan masih mengalir daripada kepala yang sudah terkopak. Lelaki-lelaki tadi kini menarik Chan mahu keluar dari rumah, tetapi dihalang oleh beberapa penduduk kampung yang bersenjatakan senapang dan parang. Chan benar-benar takut dan terkejut, dia tidak dapat memikirkan apa-apa lagi dan terus pengsan.Sedar-sedar sahaja, Chan mendapati Pak Osman ada di sisinya. Chan merangkul erat lelaki yang sudah dimamah usia tuanya itu, mahu berkongsi segala beban dan masalah yang menimpa kepada insan yang kini hanya tinggal untuk dipercayai itu. Pak Osman memahami, membalas dengan dakapan penuh kasih sayang seperti seorang bapa menyambut kepulangan anak dari perantauan. Air mata Chan menderu-deru turun. Dia tak menghiraukan orang sekeliling yang sibuk berbisik-bisik. Dalam enak pelukan Pak Osman, Chan berbisik, bantulah saya.

Setelah beberapa tahun berlalu, Chan kini menjadi akrab dengan penduduk kampung yang dahulu memperjuangkan kemerdekaan. Dia juga giat menumpukan usaha meyakinkan rakan-rakan sebangsa yang lain betapa pentingnya semangat perpaduan antara bangsa di bumi Malaya. Lantas, dengan usahanya itu, dia menjadi wakil bagi masyarakat Cina kawasan tempat tinggalnya seterusnya berjaya dalam bidang perniagaan sayur pusaka ayahnya dahulu dengan bantuan Pak Osman dan kini Chan tinggal di bandar bersama anaknya.Apabila diberitahu berita kematian Pak Osman, Chan segera pulang ke kampung bersama anak tunggal perempuannya itu. Budi yang ditaburkan oleh Pak Osman langsung tidak pernah luput dari ingatannya dan pemergiaan Pak Osman menyebabkan Chan bertambah pilu dan terkenangkan sejarah hidupnya yang lalu. Sebelum melangkah pergi, sempat juga dia memandang kepada rumah buruknya dahulu, yang juga dijaga oleh Pak Osman sejak perantauannya, masih lagi agam dengan memori-memori dahulu, memori susu tepung.

* cerpen ini adalah tatapan sempena sambutan kemerdekaan 2008..menarik..sinis