BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, Julai 24, 2009

Pagi Yang Gelap...Malam yg Cerah

Maaf dah lama nak menulis..

banyak perkara berlaku within 2 minggu ni. Antaranya menolak tawaran jawatan pen. pegawai di Jabatan Taman Laut Malaysia. Sebab2 tolak of course pasal anak. Yela kat Mersing, so tak sanggup rasa tinggal berjauhan walaupun seminggu sekali leh jumpa. Hubby bagi izin nampak macam berat..banyak perkara penting kena di pertimbang dan implikasi bila kerja n berjauhan ni. Tak apalah, adakalanya apa yg kita suka dan rasa baik itu belum tentunya baik bagi kita. Bila tolak, nampak juga air muka hubby lain dan rasa lega agaknya ummi menolak tawaran tu. Tarikh lapor diri pun dah lepas. Hubby cuba menggembirakan hati. Bagi ummi, inilah pengorbanan yg memuaskan hati ummi dan semua pihak. Tak mengapalah...Allah Maha Pengasih lagi Pemurah..Dia sentiasa menyediakan rezeki bagi hambaNya, cuma lambat atau cepat je. Dan kita diuji untuk bersabar dan redha dgn ketentuan di samping memanjatkan doa moga terus ditabahkan hati dan dilapangkan dada.


Dekat Vista ni boleh dikatakan residence semua pegawai kerajaan atau pun pekerja bwhn tapi still under kerajaan.Dan isteri2 mereka pun kebanyakannya suri rumah biasa. Ramai di kalangan mereka mengeluh kekurangan wang sara diri, duit yg diberi suami hanya cukup untuk keperluan dapur dan sekolah anak2. Itupun adakalanya tersangkut2. Ada yg berikhtiar berniaga kecil2 kecilan.Tapi kata mereka still tak cukup, lepas duit jajan anak2..Dan semalam bila sembang dgn jiran, katanya ibu kawan Amir dah keje kilang..mcm terkejut tapi cuba fahamkan juga mengapa dia bekerja..kesian, ada lagi yg rasa susah dari ummi sedangkan ummi ni msih banyak kemudahan dan kurang kesempitan.

Ayah masih terus memberi semangat wlu x bersuara. Ummi terlalu memahami kehendak ayah, apa yg ayah nak ummi lakukan, InsayALLAH hubby...ummi akan cuba laksanakan dan buktikan pada ayah yg ummi mampu lakukan yg terbaik dan sebaiknya untuk ayah..Terima kasih menjadi teman yg baik ayah.

Sabtu, Julai 11, 2009

ReSaH AtHiRaH

Pengorbanan satu kekuatan
Pengorbanan satu pengertian
Pengorbanan satu desakan
Pengorbanan seribu kasihan

Usah didesak diri yang enggan
Usah dihina diri yg jahil
Usah dimarah diri yg degil

Tanya sama hati
Hati kata luka
Tanya sama akal
Akal kata panjang lagi jalan
Tanya pada diri
Diri kata " aku bukan dia dan dia bukan aku"

Dan tersimpulnya kata AKU TETAP AKU

Hari Yg Tak Jadi

9th July is my birthday...org pertama wish Husna my cute gurl dr MITT. Dealova yg senyap mcm tak ada apa..sedih juga tapi dia masih menangisi kekasih yg marahkan ummi. faham, tapi benci bila memikirkannya. Kena kuat and buat mcm tak ada apa. Biar masa menjadi penentu...dan ummi tetap di sini dan masih di sini bersamamu sayang.

Tapi semalam Dealova itu berbunyi..cuba menyembunyikan rasa benci dan marah terhadap ummi. Bunyi suara yg mcm x ikhlas bertanya, sekadar penyedap hati dan cetusan kebisuan dlm kereta. Ummi bungkam dan cuba sedayanya sembunyi rasa sayu n sebak tentang apa yg telah dilakukannya pd ummi. sekilas memandangnya dgn pandangan yg redup agar dealova itu tahu dan mengerti bahawa ummi sayang padanya dan masih menghormatinya..

Dealova.....insan penyayang, penyabar, bertanggungjawab dan terlalu memahami..semoga ianya kekal untuk dunia dan dikekalkan untuk pertemuan di jannah.

Rabu, Julai 08, 2009

Bicara Senja

Aleya n Amir tgh main2 kat bilik mereka. Riuh macam ada 10 org gamaknya. Afeef lena diulit mimpi. Kak Su kata dia x banyak nangis hari ni, sentiasa ceria. Ummi tgk Afeef dah banyak berkembang. Dia skrg tgh 'bubling'. Tapi bila ummi ada ngan dia asyik nak mengempeng je. Sampaikan ummi nak masak ke dapur kena sorok2.heehe. Afeef memang manja. Dia dah pandai meniarap and pusingkan badan bila nak move. Teringat Amir dulu masa baby, dia reverse bila nak move,ummi mulanya tergelak n hairan. Yelah masa tu pengalaman pertama ummi. Tapi kata nenek masa kecik Amir banyak persamaan dgn ayah. Tak hairanlah klu sekarang ni pun banyak perkara yg ummi pun rasa sama mcm ayah. Dan ummi pun harap Amir jadi orang yg berguna mcm ayah.

Aleya masa baby tak banyak story boleh cerita sebab dia x cukup bulan. Lahir week 27. Sebelum tu ummi berumah di ward for 4 weeks sebab water leaking. Nak bergerak sikit pun air keluar satu pad penuh. Tak tau punca yg pasti masa pregnant Aleya ummi masih study n kena naik KL dua minggu sekali. Naik bas pegi dan balik.Ayah hantar kat bus stand je sebab ayah kena jaga Amir.Tapi kadang ayah hantar juga ummi klu ayah ada event kat KL.Pulak tu final semester study. Ish penuh dugaan nak habiskan pengajian yg x seberapa tu..Wlau macamana pun ummi syukur dan berterima kasih pada ayah dan keluarga sebab sentiasa bagi ummi support untuk habiskan study wlu pregnant anak kedua. Ummi berfikir2 sendiri, ada org nak belajar habiskan study baru pikir kerjaya n nak kahwin. Tapi ada yg x kahwin2 sampai sekarang sibuk dgn karrier. Tapi bagi diri ummi alhamdulillah, ummi habis belajar tapi dah ada anak dulu..semuanya selari cuma perjalanan menujunya sahaja penuh susah payah n dugaan yg begitu berat untuk di zahirkan dgn perkataan.

Sekarang, dalam usia begini, ummi kena tumpu rumahtangga, walaupun berat ayah melepaskan ummi kerja, tapi adakalanya ummi bersyukur ummi mempunyai masa yang maksimum bersama anak2 berbanding sahabat2 ummi yg bekerja seharian n dapat bersama anak2 paling lama 3 jam. Kasihan...tapi takut juga klu suatu hari nanti ummi diberi peluang kerja n dibebani dgn masa bekerja, aduss..anak2 mcmana? inilah dilema ummi sebenarnya. Tak apalah..Allah itu terlalulah adilnya. Dia dah menentukan sebab dan musabab sesuatu kepada hambanya ada sawabnya, ada hikmahnya, ada kenikmatannya. Ummi selalu berkata pd diri bahawa ummi terlalu istimewa...hehe perasan, tapi itulah kata2 semangat untuk meransang diri jd kuat.

Ayah belum balik lagi, pergi kebun di Tiram dgn Dolah (adik angkat ayah) katanya. Aleya asyik bertanya ayah dia je...ummi kata ayah pg kebun amik durian kakak, baru dia ok. Aleya suka makan durian, tapi yg isinya kecik2 la...

Oklah...dah masuk maghrib, nak solat bsama Amir Aleya n ngaji. Amir tgh excite nk sambung iqra' dia. laju juga dia baca n cepat tangkap. Alhamdulillah, ummi doakan Amir jd org yg berilmu, soleh dan kebanggaan adik sbg contoh teladan...amiin...

Isnin, Julai 06, 2009

The Secret of Thirteen

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup kenerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya EngkaulahPengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Info yang boleh dikongsi bersama kawan2:
*Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.
*Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup denganmemperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh.Lalu bermohonlah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
*Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma KammaHassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telahmemperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN.
*Untuk memiliki bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah tidak berbohongatau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
*Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud ASi.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,buah-buahan, dan air putih.
*Untuk meramaikan kenalan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...
1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir didalam kubur.
11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalahmereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Muslim Teenagers

Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM..
a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw
b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya ..
c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar. d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukn sst yg blh menarik perhatian pemuda

Jumaat, Julai 03, 2009

ummi tersenyum sendiri..tapi airmata mengalir. Mungkin terlalu sedih, biar ketawa berdekah2 tapi hiba tetap hadir. Ujian apa lagi lah ni sayang..tapi bila ummi teringat lirik yg dialunkan Nazri Johani 'ujian adalah tarbiyah dari Allah. Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya'. Ummi tanya balik pada diri, adakah ummi ni tergolong dari mereka yg sabar..
Ummi dah mcm malas nak berfikir tentang soal hati ni. Ia buat ummi tak jadi mcm org sebenar. Ummi tau ada org di luar sana yg lebih derita dari ummi. Sekurang-kurangnya ummi ada anak2 yg sentiasa menemani ummi. Ingat pesan acik, kita jangan jadi hamba pada perasaan. Uncle Mus selalu cakap, u are the strong women that i ever see.Please be the best wife to ur husband n be the best mother to ur kids..ramai org kata ummi ni kuat. Tapi kenapa ummi selalu rasa sebaliknya. Sebab itulah perlunya ummi bangkit semula dan buktikan bahawa kata2 mereka itu benar..
Sayang ummi, ummi selalu doakan kalian sentiasa menjadi the best person..jd anak yg soleh solehah..x lama birthday ummi...dah tambah umur ummi.Tapi kan yg bestnya bila ummi pandan Amir, Aleya n Afeef, knp ummi rasa mcm mudanya ummi ni dapat kalian kan. Apapun nilah yg dikatakan jodoh dan kehendak Allah pd ummi. Moga perjalanan hidup yg penuh onak duri ini disulami hikmah yg penuh kenikmatan...sayang ummi...luv u all forever