BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, Ogos 06, 2009

DeDiCaTe To My AZ (amir, aleya, afeef)


My Friend
Graphics


Hari ni sah 2 org pelajar hubby positif H1N1..tapi siang nanti tgk la apa keputusan UNIKL utk action perkara ni. Hubby dah start letih n lemah. Tapi dia ckp no worry, kena kuat n doa banyak2 semoga x ada apa yg berlaku. Ummi pun terkedu tapi dlm hati doa dalam2 supaya family kami dilindungi. Amiin.
Ada good news nak share. Hari ni dah selesai urusan dgn IMAN n tuan rumah, tinggal amik kunci minggu ni InsyaAllah. Alhamdulillah dipermudahkan urusan, terima kasih Ya Allah. Ummi story ngan hubby yg keje ummi dah settle, dia mcm tak cayer n terkebil2, x sangka ummi dapat sewa rumah tu n pihak IMAN agree utk proceed minggu ni. Actually rumah ramai yg nak sewa, tapi rezeki berpihak pada ummi. So by next week bermulalah kerja2 'branding' taska, decorate n promosi. Setakat ni adalah dlm 3 parents yg dah agree untuk daftar nanti..cuma untuk first step (2-3 bln) ni ummi kena buat banyak kerja sendiri. Even terpaksa memasak juga. Sebab ummi buat pra tadika utk toddler. Jadi kena mengajar n memasak. Aunty Nana akan cover baby. Semoga usaha ini dipermudahkan dan diperluaskan rezekimu Ya ALLaH.
Yang paling seronok, ummi dapat bersama anak2 umi menjaga, mengasuh, mendidik serta fokus perhatian buat mereka bersama anak2 ibu yg lain. Semoga diri ini diberi kekuatan buat yg terbaik dalam menempuh arus usahawan pendidikan awal ini. Rasa mcm berat, tapi hubby sentiasa menyokong dan mempertahankan impiannya untuk ummi start biz ni.. hubby tak putus2 beri galakan di samping bimbingan dlm pengurusan pra operasi taska ini. Akhirnya, dapat juga ummi tubuhkan TASKA IMAN AZ inspirasi dari anak-anakku Amir, Aleya n Afeef..sayang kalian.

Isnin, Ogos 03, 2009

PeNuLaRaN H1N1

Semalam digemparkan mangsa termuda H1N1 lagi berusia 11 tahun dari JB. Sadis mendengar berita kematiannya. Anak yg baru melangkah alam remaja menuju dewasa pergi sekelip mata akibat virus ini. Dan semalam juga hubby pergi dan balik menghantar student yg x putus2 demam hingga ada yg menggigil2. Kasihan mereka, tergendala subjek kuliah akibat gangguan kesihatan. Bimbang pd hubby dijangkiti mereka melalui bersin, batuk dan komunikasi. Teruk juga hubby bawa mereka sehingga jam 5 pagi..Aduh, letihnya dia. Tapi kentalnya dia membantu anak2 didiknya . Begitulah hubby, bersusah payah demi org tanpa hiraukan keletihan diri. Ummi kagum dgnnya.

Iktibar,berbalik semula pada INGAT PADA 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA. Dunia digemparkan dgn virus binatang HARAM ini. Penularan yg dikhuatiri terhadap anak2 kita. Tapi ada manusia yg masih belum sedarkan diri akan BALA ALLAH Taa'la ini.Masih berhibur, masih leka dgn fantasi dunia, masih sibuk dgn urusan diri tanpa rasa ingin membahagi masa pada Sang Pencipta. Masa untuk mensyukuri nikmat Allah tiada disempatkan. Demi masa sesungguhnya manusia terlupa. Melainkan yang beriman dan beramal soleh..yg terlupa terus terlena..tiada curiga mahupun kesal akan ujian yg menimpa. Tiada takut mahupun bimbang dgn kekufuran sendiri. Mereka tidak mengingati sakit ketika mereka sihat. Mereka terlupa dan sentiasa melupakan.

Wahai sahabat dunia...kuseru, ku rayu...ayuh! bermohonlah,berhajatlah,berpalinglah pada Rabbul A'lamiin. Mohon agar diberi kesihatan, dijauhkan dari segala penyakit, biar dimatikan dalam kebaikan bersalutkan bingkisan iman dan lebihlah nikmatnya jika mati itu adalah SYAHID...Subhanallah...Sirru a'la barkatillah sahabat2 ku...

Jumaat, Julai 24, 2009

Pagi Yang Gelap...Malam yg Cerah

Maaf dah lama nak menulis..

banyak perkara berlaku within 2 minggu ni. Antaranya menolak tawaran jawatan pen. pegawai di Jabatan Taman Laut Malaysia. Sebab2 tolak of course pasal anak. Yela kat Mersing, so tak sanggup rasa tinggal berjauhan walaupun seminggu sekali leh jumpa. Hubby bagi izin nampak macam berat..banyak perkara penting kena di pertimbang dan implikasi bila kerja n berjauhan ni. Tak apalah, adakalanya apa yg kita suka dan rasa baik itu belum tentunya baik bagi kita. Bila tolak, nampak juga air muka hubby lain dan rasa lega agaknya ummi menolak tawaran tu. Tarikh lapor diri pun dah lepas. Hubby cuba menggembirakan hati. Bagi ummi, inilah pengorbanan yg memuaskan hati ummi dan semua pihak. Tak mengapalah...Allah Maha Pengasih lagi Pemurah..Dia sentiasa menyediakan rezeki bagi hambaNya, cuma lambat atau cepat je. Dan kita diuji untuk bersabar dan redha dgn ketentuan di samping memanjatkan doa moga terus ditabahkan hati dan dilapangkan dada.


Dekat Vista ni boleh dikatakan residence semua pegawai kerajaan atau pun pekerja bwhn tapi still under kerajaan.Dan isteri2 mereka pun kebanyakannya suri rumah biasa. Ramai di kalangan mereka mengeluh kekurangan wang sara diri, duit yg diberi suami hanya cukup untuk keperluan dapur dan sekolah anak2. Itupun adakalanya tersangkut2. Ada yg berikhtiar berniaga kecil2 kecilan.Tapi kata mereka still tak cukup, lepas duit jajan anak2..Dan semalam bila sembang dgn jiran, katanya ibu kawan Amir dah keje kilang..mcm terkejut tapi cuba fahamkan juga mengapa dia bekerja..kesian, ada lagi yg rasa susah dari ummi sedangkan ummi ni msih banyak kemudahan dan kurang kesempitan.

Ayah masih terus memberi semangat wlu x bersuara. Ummi terlalu memahami kehendak ayah, apa yg ayah nak ummi lakukan, InsayALLAH hubby...ummi akan cuba laksanakan dan buktikan pada ayah yg ummi mampu lakukan yg terbaik dan sebaiknya untuk ayah..Terima kasih menjadi teman yg baik ayah.

Sabtu, Julai 11, 2009

ReSaH AtHiRaH

Pengorbanan satu kekuatan
Pengorbanan satu pengertian
Pengorbanan satu desakan
Pengorbanan seribu kasihan

Usah didesak diri yang enggan
Usah dihina diri yg jahil
Usah dimarah diri yg degil

Tanya sama hati
Hati kata luka
Tanya sama akal
Akal kata panjang lagi jalan
Tanya pada diri
Diri kata " aku bukan dia dan dia bukan aku"

Dan tersimpulnya kata AKU TETAP AKU

Hari Yg Tak Jadi

9th July is my birthday...org pertama wish Husna my cute gurl dr MITT. Dealova yg senyap mcm tak ada apa..sedih juga tapi dia masih menangisi kekasih yg marahkan ummi. faham, tapi benci bila memikirkannya. Kena kuat and buat mcm tak ada apa. Biar masa menjadi penentu...dan ummi tetap di sini dan masih di sini bersamamu sayang.

Tapi semalam Dealova itu berbunyi..cuba menyembunyikan rasa benci dan marah terhadap ummi. Bunyi suara yg mcm x ikhlas bertanya, sekadar penyedap hati dan cetusan kebisuan dlm kereta. Ummi bungkam dan cuba sedayanya sembunyi rasa sayu n sebak tentang apa yg telah dilakukannya pd ummi. sekilas memandangnya dgn pandangan yg redup agar dealova itu tahu dan mengerti bahawa ummi sayang padanya dan masih menghormatinya..

Dealova.....insan penyayang, penyabar, bertanggungjawab dan terlalu memahami..semoga ianya kekal untuk dunia dan dikekalkan untuk pertemuan di jannah.

Rabu, Julai 08, 2009

Bicara Senja

Aleya n Amir tgh main2 kat bilik mereka. Riuh macam ada 10 org gamaknya. Afeef lena diulit mimpi. Kak Su kata dia x banyak nangis hari ni, sentiasa ceria. Ummi tgk Afeef dah banyak berkembang. Dia skrg tgh 'bubling'. Tapi bila ummi ada ngan dia asyik nak mengempeng je. Sampaikan ummi nak masak ke dapur kena sorok2.heehe. Afeef memang manja. Dia dah pandai meniarap and pusingkan badan bila nak move. Teringat Amir dulu masa baby, dia reverse bila nak move,ummi mulanya tergelak n hairan. Yelah masa tu pengalaman pertama ummi. Tapi kata nenek masa kecik Amir banyak persamaan dgn ayah. Tak hairanlah klu sekarang ni pun banyak perkara yg ummi pun rasa sama mcm ayah. Dan ummi pun harap Amir jadi orang yg berguna mcm ayah.

Aleya masa baby tak banyak story boleh cerita sebab dia x cukup bulan. Lahir week 27. Sebelum tu ummi berumah di ward for 4 weeks sebab water leaking. Nak bergerak sikit pun air keluar satu pad penuh. Tak tau punca yg pasti masa pregnant Aleya ummi masih study n kena naik KL dua minggu sekali. Naik bas pegi dan balik.Ayah hantar kat bus stand je sebab ayah kena jaga Amir.Tapi kadang ayah hantar juga ummi klu ayah ada event kat KL.Pulak tu final semester study. Ish penuh dugaan nak habiskan pengajian yg x seberapa tu..Wlau macamana pun ummi syukur dan berterima kasih pada ayah dan keluarga sebab sentiasa bagi ummi support untuk habiskan study wlu pregnant anak kedua. Ummi berfikir2 sendiri, ada org nak belajar habiskan study baru pikir kerjaya n nak kahwin. Tapi ada yg x kahwin2 sampai sekarang sibuk dgn karrier. Tapi bagi diri ummi alhamdulillah, ummi habis belajar tapi dah ada anak dulu..semuanya selari cuma perjalanan menujunya sahaja penuh susah payah n dugaan yg begitu berat untuk di zahirkan dgn perkataan.

Sekarang, dalam usia begini, ummi kena tumpu rumahtangga, walaupun berat ayah melepaskan ummi kerja, tapi adakalanya ummi bersyukur ummi mempunyai masa yang maksimum bersama anak2 berbanding sahabat2 ummi yg bekerja seharian n dapat bersama anak2 paling lama 3 jam. Kasihan...tapi takut juga klu suatu hari nanti ummi diberi peluang kerja n dibebani dgn masa bekerja, aduss..anak2 mcmana? inilah dilema ummi sebenarnya. Tak apalah..Allah itu terlalulah adilnya. Dia dah menentukan sebab dan musabab sesuatu kepada hambanya ada sawabnya, ada hikmahnya, ada kenikmatannya. Ummi selalu berkata pd diri bahawa ummi terlalu istimewa...hehe perasan, tapi itulah kata2 semangat untuk meransang diri jd kuat.

Ayah belum balik lagi, pergi kebun di Tiram dgn Dolah (adik angkat ayah) katanya. Aleya asyik bertanya ayah dia je...ummi kata ayah pg kebun amik durian kakak, baru dia ok. Aleya suka makan durian, tapi yg isinya kecik2 la...

Oklah...dah masuk maghrib, nak solat bsama Amir Aleya n ngaji. Amir tgh excite nk sambung iqra' dia. laju juga dia baca n cepat tangkap. Alhamdulillah, ummi doakan Amir jd org yg berilmu, soleh dan kebanggaan adik sbg contoh teladan...amiin...

Isnin, Julai 06, 2009

The Secret of Thirteen

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup kenerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya EngkaulahPengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Info yang boleh dikongsi bersama kawan2:
*Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berdzikir, dan berdo'a.
*Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup denganmemperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh.Lalu bermohonlah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.
*Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma KammaHassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telahmemperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN.
*Untuk memiliki bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah tidak berbohongatau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
*Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud ASi.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran,buah-buahan, dan air putih.
*Untuk meramaikan kenalan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...
1 - Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul :Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram :Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah :Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' :Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal :Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud :Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud :Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir :Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir didalam kubur.
11 - Selawat Nabi :Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam :Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib :Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S.A.W. bersabda: "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi/Kafir tidak sukakan angka 13dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Wassalam.
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalahmereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Muslim Teenagers

Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM..
a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah,sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia,mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw
b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya ..
c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia.latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar. d) Wahai puteriku,aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukn sst yg blh menarik perhatian pemuda

Jumaat, Julai 03, 2009

ummi tersenyum sendiri..tapi airmata mengalir. Mungkin terlalu sedih, biar ketawa berdekah2 tapi hiba tetap hadir. Ujian apa lagi lah ni sayang..tapi bila ummi teringat lirik yg dialunkan Nazri Johani 'ujian adalah tarbiyah dari Allah. Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya'. Ummi tanya balik pada diri, adakah ummi ni tergolong dari mereka yg sabar..
Ummi dah mcm malas nak berfikir tentang soal hati ni. Ia buat ummi tak jadi mcm org sebenar. Ummi tau ada org di luar sana yg lebih derita dari ummi. Sekurang-kurangnya ummi ada anak2 yg sentiasa menemani ummi. Ingat pesan acik, kita jangan jadi hamba pada perasaan. Uncle Mus selalu cakap, u are the strong women that i ever see.Please be the best wife to ur husband n be the best mother to ur kids..ramai org kata ummi ni kuat. Tapi kenapa ummi selalu rasa sebaliknya. Sebab itulah perlunya ummi bangkit semula dan buktikan bahawa kata2 mereka itu benar..
Sayang ummi, ummi selalu doakan kalian sentiasa menjadi the best person..jd anak yg soleh solehah..x lama birthday ummi...dah tambah umur ummi.Tapi kan yg bestnya bila ummi pandan Amir, Aleya n Afeef, knp ummi rasa mcm mudanya ummi ni dapat kalian kan. Apapun nilah yg dikatakan jodoh dan kehendak Allah pd ummi. Moga perjalanan hidup yg penuh onak duri ini disulami hikmah yg penuh kenikmatan...sayang ummi...luv u all forever

Ahad, Jun 21, 2009

Anak-anak yang Happy

Semalam ummi bawak amir, aleya n afeef pg tasek Hutan Bandar..ummi masak nasi, goreng udang n tumis lala seafood..anak2 kak su n Balqis pun ikut sekali. Boleh kata seronok la sebab dapat mandi kolam. Aleya org paling excited jumpa air...siap golek2 dalam air. Amir ngan lain-lain main2 air...happy tgk diorang enjoy. Ummi kena jaga Afeef..tapi dekat ngan tempat diorang main air la..sebenarnya waktu ni ayah pegi kursus, x join kami pun. So kesempatan ni bawak la anak-anak pegi release tension sebab amir baru habis exam asyik pulun buku je. So Ummi bawak lah dia jalan...memang dia lah yang paling suka bila ummi kata nak bawak mandi. Tapi sorryla...ayah x ada ummi x berani nak pegi mandi jauh2. Biasanya ayah kursus weekday, tapi kali ni kena weekend...tu yang rasa macam boring..apapun ayah dont worry...kami happy tapi kalau ada ayah lagi happy....huuhuhua
Sementara diorang mandi...sempat pulak ummi bermonolog.anak-anak ni sifatnya penuh dgn rasa manja, ingin perhatian dan layanan sepenuhnya dari parents terutamanya ibu mcm ummi ni. sebagai ummi, isteri...kita lah yg memberi perhatian lebih kepada anak-anak ni. Allah ciptakan wanita sifatnya lebih teliti berbanding lelaki..memang ada parents yg always bz...tapi biasanya ibu lah yg bahagi masa lebih pd anak-anak wlu mcmana pun bz nya. bagi yang x pedulikan anak-anak tu...jgnlah teruskan....pandang mereka...telusi keinginan mereka...peluk mereka..betapa dahaganya mereka dgn kasih syg kita...ummi yg sentiasa bersama mereka ni pun adakala terlepas pandang pd keinginan mereka..yelah ada baby afeef nak kena layan lebih sebab x pandai apa2 lagi..so tu yg kadang2 x dapat layan amir...x dapat main dgn aleya..tapi at least ummi cuba jg la usaha bahagi masa utk mereka..apapun, mereka penawar duka lara. Tanpa mereka, sunyinya hidup. Walau sibuk mana ayah mereka, ummi tetap usaha nak bagi dorang happy. nasib baik ummi ni boleh drive, boleh juga lah bawak jalan. Afeef pun seronok kan sayang???so cute..geram tgk afeef senyum.
oklah....saje je nak mengomel, lama x bukak blog ni..byebye

Khamis, April 30, 2009


9 SITI YANG PATUT DICONTOHI


1.Siti Khadijah-Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik
2.Siti Fatimah-Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya.Sangat kasih dan setia pada suaminya Ali karramallahu wajhah walaupun Ali miskin.Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.Rasulullah pernah berkata : Aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah,sehinggalah Ali maafkan kamu.
3. Siti 'Aishah-Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik.Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah.Dimana Nabi s.s.w minum,di situ juga beliau akn minum menggunakan bekas yg sama.
4.Siti Hajar-Isteri nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail(pengorbanan seorng Ibu Mithali)
5.Siti Mariam-Wanita suci yang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih Allah s.w.t. untuk mengandungkan Nabi Isa.
6.Siti Asiah-Isteri Firauan yang tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7.Siti Aminah-Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasulullah.Mendidik Rasulullah menjadi insan mulia.
8.Siti Muti'ah-Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami,menjaga makan minum,menyediakan tongkat utk dipukul suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati,berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9.Siti Zubaidah-Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun AL-Rashid.Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

Isnin, Februari 09, 2009

PeNuLaRaN ViRuS

Semalam gempar lagi mangsa muda 11 tahun dari JB meninggal akibat Virus H1N1. Sadis dengar. Dan semalam juga hubby jadi 911 hantar student ke klinik n hospital dari pagi hingga ke subuh. Paling teruk ada yg demam menggigil. Risau dibuatnya, yelah bimbang virus ni boleh dijangkiti by bersin, batuk dan komunikasi. Hubby kerap bwk budak2 sakit bimbang dia yg sakit. Tapi ummi selalu doa banyak2, mudahan2 dijauhkan dari penyakit.

Iktibarnya, penularan virus yg datang dari binatang haram ni adalah petanda bagi kita yg alfa dan lagha tentang nikmat Tuhan. Terutama sekali berkaitan dgn MASA untuk bersyukur dgn pemberianNya. Masa pengakhiran dunia yg datangnya entah bila2 sahaja.Masa sihat kita yg kita rasa bahagia namun terlupa masa sakit tanpa peduli kewujudanNYA. Allah semain hampir menguji dan memberi petunjuk untuk peringatan dunia. Kiamat sudah dekat dgn manusia yg sedang hanyut dan lalai. Gegaran H1N1 masih ada yg tidak perasan, masih lalai, masih bersuka ria. Kesihatan anak2 merisaukan kita. Yang tua belum tentu mampu bertahan, yang muda belum jamin hidup matinya.

Ku seru...ku rayu...wahai sahabat dunia, berdoalah, bertaubatlah, berhajatlah untuk keselamatan kita, untuk MATI kita yg baik bukan kerana H1N1, biarla SYAHID. Sesungguhnya tidak didatangkan musibah melainkan ALLAH masih mengasihi kita semua untuk menyedari akan kewujudanNya.

Sirri a'la barkatillah.....