BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, Februari 09, 2009

PeNuLaRaN ViRuS

Semalam gempar lagi mangsa muda 11 tahun dari JB meninggal akibat Virus H1N1. Sadis dengar. Dan semalam juga hubby jadi 911 hantar student ke klinik n hospital dari pagi hingga ke subuh. Paling teruk ada yg demam menggigil. Risau dibuatnya, yelah bimbang virus ni boleh dijangkiti by bersin, batuk dan komunikasi. Hubby kerap bwk budak2 sakit bimbang dia yg sakit. Tapi ummi selalu doa banyak2, mudahan2 dijauhkan dari penyakit.

Iktibarnya, penularan virus yg datang dari binatang haram ni adalah petanda bagi kita yg alfa dan lagha tentang nikmat Tuhan. Terutama sekali berkaitan dgn MASA untuk bersyukur dgn pemberianNya. Masa pengakhiran dunia yg datangnya entah bila2 sahaja.Masa sihat kita yg kita rasa bahagia namun terlupa masa sakit tanpa peduli kewujudanNYA. Allah semain hampir menguji dan memberi petunjuk untuk peringatan dunia. Kiamat sudah dekat dgn manusia yg sedang hanyut dan lalai. Gegaran H1N1 masih ada yg tidak perasan, masih lalai, masih bersuka ria. Kesihatan anak2 merisaukan kita. Yang tua belum tentu mampu bertahan, yang muda belum jamin hidup matinya.

Ku seru...ku rayu...wahai sahabat dunia, berdoalah, bertaubatlah, berhajatlah untuk keselamatan kita, untuk MATI kita yg baik bukan kerana H1N1, biarla SYAHID. Sesungguhnya tidak didatangkan musibah melainkan ALLAH masih mengasihi kita semua untuk menyedari akan kewujudanNya.

Sirri a'la barkatillah.....