Khamis, Ogos 06, 2009
Dicatat oleh nurhijrahsuci di 3:06 PG 1 ulasan
Label: suka duka duniaku
Isnin, Ogos 03, 2009
PeNuLaRaN H1N1
Semalam digemparkan mangsa termuda H1N1 lagi berusia 11 tahun dari JB. Sadis mendengar berita kematiannya. Anak yg baru melangkah alam remaja menuju dewasa pergi sekelip mata akibat virus ini. Dan semalam juga hubby pergi dan balik menghantar student yg x putus2 demam hingga ada yg menggigil2. Kasihan mereka, tergendala subjek kuliah akibat gangguan kesihatan. Bimbang pd hubby dijangkiti mereka melalui bersin, batuk dan komunikasi. Teruk juga hubby bawa mereka sehingga jam 5 pagi..Aduh, letihnya dia. Tapi kentalnya dia membantu anak2 didiknya . Begitulah hubby, bersusah payah demi org tanpa hiraukan keletihan diri. Ummi kagum dgnnya.
Iktibar,berbalik semula pada INGAT PADA 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA. Dunia digemparkan dgn virus binatang HARAM ini. Penularan yg dikhuatiri terhadap anak2 kita. Tapi ada manusia yg masih belum sedarkan diri akan BALA ALLAH Taa'la ini.Masih berhibur, masih leka dgn fantasi dunia, masih sibuk dgn urusan diri tanpa rasa ingin membahagi masa pada Sang Pencipta. Masa untuk mensyukuri nikmat Allah tiada disempatkan. Demi masa sesungguhnya manusia terlupa. Melainkan yang beriman dan beramal soleh..yg terlupa terus terlena..tiada curiga mahupun kesal akan ujian yg menimpa. Tiada takut mahupun bimbang dgn kekufuran sendiri. Mereka tidak mengingati sakit ketika mereka sihat. Mereka terlupa dan sentiasa melupakan.
Wahai sahabat dunia...kuseru, ku rayu...ayuh! bermohonlah,berhajatlah,berpalinglah pada Rabbul A'lamiin. Mohon agar diberi kesihatan, dijauhkan dari segala penyakit, biar dimatikan dalam kebaikan bersalutkan bingkisan iman dan lebihlah nikmatnya jika mati itu adalah SYAHID...Subhanallah...Sirru a'la barkatillah sahabat2 ku...
Dicatat oleh nurhijrahsuci di 11:20 PG 1 ulasan
Label: Risauku pd yg tersayang

